Articles in the Idea Category
Idea, Tarbiah »
Bukan mudah untuk belajar ilmu ikhlas. Apatah lagi untuk beramal dengannya. Hanya keinginan yang kuat untuk menuju ke akhirat nanti mampu memberi semangat kepada diri untuk mendalami dan mengamalkan perkara ini. Namun ilmu ikhlas ini akan membawa impak yang besar – untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Dalam sinetron Kiamat Sudah Dekat, topik ini disampaikan dengan kaedah yang benar-benar menyentuh hati.
Idea, Ilmiah, Tarbiah »
Pernahkah anda menyiapkan jigsaw puzzle yang berjumlah 1000 keping? Pening bukan? Hanya berbekalkan gambar pada muka kotak dan juga keadaan asal kepingan puzzle tersebut, barulah dapat selesai dicantumkan kesemuanya. Bahkan mungkin mengambil masa hampir seminggu untuk menyelesaikannya.
Jika kita perhatikan, setiap kepingan puzzle mempunyai bentuk yang tertentu. Pada muka depan tercetak sebahagian daripada keseluruhan gambar, juga tidak boleh diletakkan sesuka hati di mana-mana. Yang punyai sisi tegak dan lurus, harus berada di tepi, tidak boleh berada di tengah, begitu juga yang bersisi tidak sekata, tidak boleh diletakkan di tepi. Itu hint …
Headline, Idea, Tarbiah »
Siapakah Hamza Yusuf ketika berusia 16 tahun? Beliau adalah seorang yang tidak mendapat hidayah Allah. Beliau tidak tahu berbahasa Arab. Beliau tidak menulis hebat dengan memuji Allah. Beliau tidak pandai berucap untuk memuji Allah dan membawa kebesaran Islam. Beliau tidak mampu membaca kitab Arab dan Islam. Beliau tidak mampu membaca dengan nama Tuhan. Namun siapakah Hamza Yusuf sekarang? Bukan figur Hamza Yusuf yang diidolakan, tetapi ciri perubahan atau inqilaab itu yang perlu dicerminkan pada diri kita. Adakah ‘Hamza Yusuf’ dalam MISG? Bolehkah MISG mewujudkan ‘Hamza Yusuf’?
Idea, Tadabur, Tarbiah »
Mengulang kaji Circuit Analysis, homework students kelas ini masih banyak yang perlu disemak. Sibuk-sibuk menyemak, saya dapati salah seorang daripada mereka ‘mungkin’ tidak memahami beberapa term yang digunakan.
Circuit yang perlu disimplify, ditukar menjadi sebuah circuit yang amat berbeza dengan yang asal, gara-gara silap mengubah susunan resistor, source, dan lain-lain.
Kita juga, belajar al-Quran. Fahamkah kita semua isi al-Quran?
Memandangkan masa yang diperuntukkan banyak kepada tanggungjawab sebagai pelajar major masing-masing, pembelajaran al-Quran dilakukan sendiri samada membaca/mendengar tafsir, membaca maksud ketika tadarus, dan cara-cara lain yang tidak mengambil banyak masa.
Nak ambil kelas al-Quran? kadang …
Idea »
Realiti hari ini kita banyak mendengar pelbagai kritikan dilontarkan terhadap institusi usrah. Ada yang mengatakan institusi usrah tidak berjaya melahirkan ahli yang berfikiran kritis dan kritikal. Pengisian yang rigid dengan kerangka yang dibentuk atas pendoktrinan kepada silibus tertentu mengepung minda ahli usrah untuk lebih rancak berfikir. Kebergantungan hakiki kepada naqib juga menyebabkan ahli usrah menjadi malas untuk meneroka ilmu baru yang di luar lingkungan usrah.
Persoalannya benarkah itu yang berlaku?
Kritikan bahawa usrah tidak langsung memberi peluang kepada ahli untuk menjadi lebih kreatif dan kritis itu tidak benar sama sekali. Sistem usrah …
Featured, Idea, Tarbiah »
Pernahkah anda mengikuti kelas pengajian agama? Atau pernah anda ikuti usrah? Setelah beberapa lama, anda akan berpindah tempat dan ingin meneruskan usaha mendalami Islam dan menambah amal. Setelah sampai ke masjid baru, anda dapati ada 2 program. Satu: membincangkan hadith pertama dari Hadith 40 oleh Imam Nawawi. Satu lagi membicarakan teknik menulis. Mana yang anda ingin ikuti? Kalau anda sudah ikuti bahasan hadith 40 sebelum ini, manakah pilihan anda padahal teknik menulis belum pernah anda ikuti?
Featured, Idea, Tarbiah »
Berikut dinyatakan 2 sumber yang baik untuk mengembangkan ilmu melalui bacaan dan audio.
http://www.kalamullah.com/
http://www.hoor-al-ayn.com/
Apakah disiplin ketika membaca? Buat catatan atau pegang pensil untuk berinteraksi dengan buku.
Apakah disiplin ketika mendengar ceramah? Catat atau kongsikan selepas itu.
Jika tidak, membaca dan mendengar ceramah hanya pergi dengan angin lalu.
Featured, Idea, Tarbiah »
Usrah boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Kalau katakan anda tidak ada ramai pelajar di kampus masing-masing, usrah online boleh dilaksanakan. Namun perlu ada penambahbaikan untuk memastikan kesannya maksimum. Berikut dinyatakan beberapa tips yang boleh digarap bagi menjadikan usrah online ata offline lebih bermakna.


