Home » Archive

Articles in the Headline Category

Headline »

[16 Jul 2010 | By al-muntalaq | No Comment | 130 views]
Surah al-Asr dan Penjual Ais

Menurut Imam Shafie, jika manusia mengambil pengajaran daripada Surah al-Asr sebagai petunjuk, ia sudah memadai.  Sahabat pada zaman Nabi tidak akan berpisah kecuali membaca surah ini. Satu hari, Imam ar-Razi mendengar seorang ulama bercerita tentang penjual ais berteriak banyak kali di sebuah bazar: ” Kasihanilah kepada seorang yang mempunyai kekayaan tetapi sedang mencair.” Dari teriakan si penjual ais ini, ulama tersebut bercakap pada dirinya: inilah yang dimaksudkan dengan surah al-Asr.

Headline »

[10 Jul 2010 | By al-muntalaq | No Comment | 41 views]
Bagaimana mahu ‘Connect’?

Banyak kali saya mengendalikan program CASIC samada untuk syarikat, universiti, guru-guru atau pelajar. Salah satu elemen dalam CASIC ialah ‘Connect’. Bagaimana mahu ‘Connect’? Banyakkah pilihan untuk kita ‘Connect’ dengan Allah dan sesama manusia? Mengapa ia penting?

Headline »

[28 Apr 2010 | By al-muntalaq | 4 Comments | 322 views]
Membina Sistem Anak Soleh/ah

Ketika belum bernikah, saya segan-segan membaca doa Rabbana hablana min azwaajina wa zurriyatina qurratu a’yun wa jaalna muttaqeena imaama kuat-kuat. Kalau ingin dibaca, dibaca perlahan-lahan. Ada kawan yang akan senyum selepas saya baca doa ini kuat-kuat, terutama di sekolah yang semuanya lelaki. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Namun saya kini nampak keperluan untuk doa ini dibaca ketika single. Bukan sekadar anak soleh yang saya perlu bina, tetapi yang lebih penting ialah sistem anak soleh/ah.

Headline »

[15 Mar 2010 | By al-muntalaq | One Comment | 139 views]
Merenung Teknik, Menggarap Tujuan

Kategori 1: 7 Habits of Highly Effective People. The Secret – Law of Attraction. The Power of Focus. A Whole New Mind.
Kategori 2: al-Kabair – Dosa-dosa Besar. Miftaah Dar-as-Saadah. Purification of the Soul.
Apakah beza antara tajuk-tajuk buku kategori 1 dan 2? Kategori 1 dari Barat. Kategori 2 dari tradisi penulisan Islam. Kalau dulu di kalangan umat Islam, kategori 2adalah bestseller, namun kini kategori 1 banyak mengisi rak-rak individu yang beragama Islam.Makin ingin berjaya dalam sesuatu lapangan, maka pasti tajuk-tajuk kategori 1 akan mengisi minda bacaan individu tersebut. Apakah sebabnya?

Headline »

[20 Feb 2010 | By al-muntalaq | 4 Comments | 213 views]
Bagaimana Mengecap Manis Iman?

Seringkali kedengaran keluhan hati kecil untuk mendekatkan diri pada Allah. Apabila seseorang berpengalaman dengan pengalaman spirituil, ia akan seronok dan rasakan kehebatan Allah. Terasa kemanisan iman. Namun ia kekadang tidak datang selalu. Dirasakan pengalaman spirituil adalah pengalaman yang ‘jauh’ dan sukar terjangkau. Ia dianggap seperti ‘miracle’ laksana Spiderman yang boleh memanjat dinding tanpa tangga. Namun dalam al-Quran, ada beberapa ayat yang boleh kita perhatikan sebagai ‘tangga’ untuk sentiasa merasai kemanisan iman. Ada ayat dalam al-Quran yang menerangkan teknik pada setiap insan bagaimana untuk tetap memilih jalan iman untuk meneruskan kehidupan …

Headline, Tarbiah »

[18 Jan 2010 | By al-muntalaq | One Comment | 100 views]
Binalah idealisme sebelum ia tercalar

Idealisme sering dicemuh kerana mengutamakan ideal. Sempurna atau bersifat teori. Idealisme sering dikaitkan dengan golongan muda. Idealisme dianggap tidak praktikal. Lantas, apa lawan idealisme? Kalau idealisme tidak disenangi, maka lawannya praktikal? Apakah yang praktikal? Itu berbalik kepada siapa yang mendefinisikan. Cuma saya ingin menyentuh tajuk ini selepas balik dari US, Kanada dan Jepun kerana ramai pelajar yang saya temui sedang atau sudah membina idealisme. Patutkah dan ke manakah ia akan pergi ?

Headline, Tarbiah »

[4 Nov 2009 | By al-muntalaq | 6 Comments | 330 views]
Saya Impikan Ramai Menjadi Beyond Age

Saya suka menulis ketika belajar di Purdue University dahulu. Saya menulis sebahagiannya di Yahoogroups. Kemudian sesampai di Mesir, saya mendapat cadangan daripada kawan-kawan yang belajar di Universiti al-Azhar untuk menulis tentang Pemikiran Sistemik agar mudah dibaca. Ini disebabkan ada istilah dalam ilmu tersebut agak teknikal. Saya setuju dan akhirnya terbitlah buku pertama saya di Mesir – hasil kompilasi penulisan di Yahoogroups dan perkongsian dengan rakan di sana. Bumi Nabi Musa dan Nabi Yusuf. Apabila tiba di Malaysia, saya rasakan itu sekadar perkara biasa. Tidak ada apa yang special sehingga ada …

Headline, Tarbiah »

[10 Oct 2009 | By al-muntalaq | One Comment | 347 views]
Mengapa ia berulang dan diulang?

Seniman seperti Alfred Jensen dan Robert Smithson menggunakan kemampuan mereka mengulangi apa yang berlaku pada alam untuk menghasilkan karya yang hebat. Dalam biologi dan ilmu sains, pengulangan (repetition) menjadi bukti tentang hipotesis yang berjaya.  Dalam ilmu genetik, ia melibatkan proses replication, trancription dan translation. Semua ini melibatkan unsur pengulangan dengan kesan akhir yang berbeza – dan itulah yang mencengangkan dunia saintis. Lantas tercengangkah anda mengulang sab’ul-mathaani ( 7 ayat yang berulang-ulang) – surah al-Fatihah – paling tidak 17 kali sehari semalam ? Mari kita hayati beberapa manfaat pengulangan.

Headline »

[21 Sep 2009 | By al-muntalaq | One Comment | 364 views]
Muqadimah Cinta

Kalau Ibn Khaldun, beliau ada menulis sebuah buku yang panjang. Namun ramai yang kenal pengenalan kepada bukunya tersebut, malah tajuknya lebih dikenali daripada buku asalnya, Kitab al-Ibar. Tajuk buku dari pengenalan bukunya itu ialah Muqaddimah. Membaca Muqaddimah sahaja sudah cukup memberi gambaran luas pada kitab besar yang ingin ditulisnya. Cuba bayangkan kalau Muqaddimah versi bahasa Inggeris sahaja lebih 460 halaman. Bagaimana pula kalau kita mengetahui tentang Muqadimah Cinta – hanya 1 bahagian sahaja dirasai daripada 100 bahagian secara keseluruhan ? Tidakkah kita ingin mengetahui 100 bahagian itu?

Headline »

[14 Aug 2009 | By al-muntalaq | 2 Comments | 137 views]
Bukan ‘Hotel California’

Dulu saya pernah mendengar lagu ‘Hotel California’ oleh kumpulan Eagles. Memang ‘mahsyuk’ – kata orang muda-muda (dan saya masih muda sekarang, Alhamdulillah). Namun setelah saya mendalami tentang hukum muzik dan serba sedikit kandungan liriknya yang membayangkan budaya hedonisme terutama di kawasan Los Angeles, lagu itu menjadi kenangan. Sudah hampir 2 tahun saya di Los Angeles, California tetapi saya tak berminat untuk mencari di mana Hotel California tersebut. Yang saya cari-cari ialah lesen memandu California – kerana ia memudahkan urusan saya di sini – walaupun sudah agak terlewat mendapatnya. Ia bermula …