Articles in the Emosi Category
Emosi »
Saya kini di Ottawa International Airport. Menunggu flight ke LAX. Alhamdulillah habis program 2 hari di Carleton University dengan topik al-Fatihah. Ramai yang bersemangat untuk meneruskan usaha mendalami surah tersebut. Sudah banyak kali disampaikan, kekadang ‘cengkaman’ kepada apa yang disampaikan agak kurang. Namun Allah tidak tinggalkan begitu sahaja. Kebergantungan kepada-Nya perlu dikembalikan tinggi. Kali ini apabila saya ke Kanada.
Emosi »
Berikut saya kongsikan poin penulisan yang saya buat pada 2005 bertajuk 7 Prinsip Amalan Berjaya untuk Lelaki dan Wanita. Saya bongkar kembali kerana ini adalah antara rahsia untuk sesiapa yang mencari jawapan: saya banyak sangat idea..atau saya tak de idea. Atau saya buntu…
Emosi, Headline, Ilmiah, Tarbiah »
Dari penulisan seorang sahabat
Salam sahabat didikanku,
Aku mengambil masa ini untuk berkongsi denganmu. Berkongsi apa yang aku harapkan – sementara kau sudi menjadi sahabat didikanku. Kalau ikut kata kawanku dari Mesir, sahabat didikan ini dipanggil mutarabbi. Sahabat yang mendidik ialah murabbi. Namun aku tidak kisah istilah itu. Aku ingin jadi orang yang rapat dengan Rabb. Orang yang rabbani. Mengajar dan belajar al-Kitab – itu Allah nyatakan pada Surah 3 ayat 79. Dan harap aku dapat mengajar al-Kitab, walau aku bukan ustaz atau semestinya duduk dalam bulatan.
Emosi, Tadabur, Tarbiah »
Bismillahirrahmanirrahim…
Semalam di halaqah, salah seorang daripada kami membentangkan tajuk Muslim Character: An Ideal Personality.
Sangat menarik dan berkait dengan hidup seharian.
Salah satunya tentang Rasulullah dalam hadith Muslim:
Anas says: “I served the holy Prophet for ten years. He never said ‘Uf’ (expressing dissatisfaction), nor did he ever ask me why I did this or did not do that.” (Muslim)
Kita pula, rutin seharian – belajar, bekerja, mesyuarat sana sini, berapa kali kita mengeluh agaknya? Sekali? Dua kali?
Ada jawapan, simpan sendiri. =)
Mungkin kita kurang sedar akan kelebihan atau hikmah di sebalik kesusahan dalam usaha …


