Pengenalan
al-Muntalaq adalah sebuah buku karangan Muhammad Ahmad ar-Rasyid – seorang da’i yang disegani. al-Muntalaq bermaksud ‘permulaan’ atau ‘langkah bermula’. Buku ini menjadi asas kepada nama web ini kerana setiap hari dan masa, kita perlu bersedia untuk memulakan langkah baru dan perubahan untuk menuju Allah Yang Maha Esa. Tanpa permulaan itu, kita akan gagal. Biarpun sedikit, permulaan itu akan pasti membawa kepada kejayaan jika diusahakan sebaik mungkin dan diiringi izin dari-Nya.
Web al-Muntalaq ini dikhususkan kepada semua pembaca yang ingin mendidik atau mentarbiah diri di mana jua. Kebanyakan artikel dalam web ini diguna oleh kumpulan studi dan usrah sebagai panduan individu dan organisasi ke arah aktiviti Islami. Fokus awal web ini ialah untuk pelajar-pelajar yang menganggotai Malaysian Islamic Studies Group, namun ia tidak terhad kepada ahli sahaja.
Semoga web ini mampu membantu dan menjadi alternatif dalam mengembangkan usaha tarbiah dan dakwah di mana sahaja kita berada. Ya Allah! Ampunkan segala kesilapan kami dan terimalah amal ini.



Assalamualaium.
Tahniah di atas penghasilan blog ini.
Soalan saya, adakah dengan mengikuti blog ini, ia umpama saya mentalaqi buku al-Muntalaq?
Terima kasih.
blog ini adalah sebahagian ke arah itu. setakat ini saya menyampaikan isi kefahaman dari almuntalaq tetapi belum lagi quote direct dari bukunya. insha-allah memang tujuan blog ini untuk menghidangkan sisi perjalanan harian berasaskan karya tersebut