Home » Tarbiah

Bila Rasa Keseorangan dalam Jalan Ini?

4 July 2009 by al-muntalaq 85 views 2 Comments

Bila rasa keseorangan, ingatlah Allah sentiasa ada. Dalam mencapai kejayaan ke hadapan, isilah keseorangan itu dengan pelbagai amalan spiritual dan menguatkan diri.

Tidak ada nilai keseorangan apabila kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah. Itu sebabnya Nabi Ibrahim itu sentiasa berfikir dan berdoa kepada Allah. Fikir bagaimana Engkau menghidupkan, maka Allah menyuruh beliau memotong kepada empat bahagian burung yang ada. Selepas diasingkan, Allah menunjukkan bagaimana empat bahagian itu tercantum dan kembali hidup seperti sedia kala. Nabi Ibrahim bertemu dengan Eureka dalam kehidupannya, bagi menenangkan jiwanya.

Elakkan daripada mengisi kekosongan dengan maksiat dan dosa. Kekosongan dan keseorangan yang diisikan dengan maksiat dan dosa akan menyebabkan kita hanya bergantung kepada manusia lain untuk berbuat amal. Salah satu cabaran kehidupan ialah berbuat amal kerana Allah semata-mata.

Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk beramal ketika ramai dan keseorangan.

Random Posts

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

2 Responses to “Bila Rasa Keseorangan dalam Jalan Ini?”

  1. nutricottage says:

    ALLAH GIVES AND FORGIVES
    MAN GETS AND FORGETS

  2. mumtazah says:

    Syukran akhi
    Ana hargai apa yang enta tulis.
    Moga ALLAH permudahkan urusan enta dan keluarga selalu.

Leave a Reply